Iyah
My Life. My Story.
Tuesday, May 29, 2012
The Vampire Diaries Tag
one of my obsessions over the past few years :)
masa kat NZ, aku tertengok citer ni kat TV2 kot. masa tu still season 1 lagi, kira macam baru start la. sejak pertama kali aku tengok citer ni terus macam hook tau. masa tu aku rasa aku tengah suka dengan twilight lagi tapi sejak tengok citer ni i realise twilight tidak la sebest yang disangka.
sebabnya twilight is more to lovey dovey while this show still have the cintan cintun bit tapi there's a lot more story about the history of vampire and such. plus the storyline is just mindblowing, memang dramatic gila dan every episode make me want more. it's just that good.
2. Who's your favourite character?
i would say Elijah. dia macam baik walaupun dia adalah one of the Originals. lepastu dia awesome gila masa dia unstake Kol, Finn dengan Rebekah.
3. If you were vampire would you live of human or animal blood?
7. Have you read the book series?
no. but i would like to.
10. Who was your favourite villain?
2. Who's your favourite character?
i would say Elijah. dia macam baik walaupun dia adalah one of the Originals. lepastu dia awesome gila masa dia unstake Kol, Finn dengan Rebekah.
3. If you were vampire would you live of human or animal blood?
human blood from the blood bank. so aku tak payah bunuh orang.
4. Team Stefan or Damon?
Stefan. aku macam rasa Elena will choose Stefan. sebab Stefan ni walaupun kadang-kadang dia boleh hilang control dan jadi The Ripper tapi he has a good heart. while Damon is just...Damon.
Stefan. aku macam rasa Elena will choose Stefan. sebab Stefan ni walaupun kadang-kadang dia boleh hilang control dan jadi The Ripper tapi he has a good heart. while Damon is just...Damon.
![]() |
| The Originals |
5. What's your favourite supernatural power?
i would say the Originals have the best supernatural power. dorang macam sangat berkuasa la daripada vampire yang lain-lain. lepastu darah dorang boleh heal gigitan hybrid/werewolf.
6. If you were to be a character who would you be?
Klaus. because being the bad guy is always fun.
7. Have you read the book series?
no. but i would like to.
8. Who's your crush on the show?
Elijah. especially bila dia ada rambut baru.
9. What was your first initial thought of the show and did it change after you saw it!
mula-mula aku tengok aku ingat it'll be the same like Twilight but it's not. it's better.
10. Who was your favourite villain?
Klaus. Klaus. Klaus. Klaus. it'll always be Klaus. sebab dia ni macam psycho gila kot and he can draw. sedih gila Klaus "mati" sebab dalam kepala aku Joseph Morgan je boleh jadi Klaus. tapi katanya season 4 dia ada lagi.
Monday, May 28, 2012
Saturday, May 26, 2012
Blogcaption
aku cuma nak tunjuk je kejayaan aku membuat favicon. lol.. yaaaaaaaaaaaaaaaayyy comelnya favicon aku.
Friday, May 25, 2012
Tanah Tinggi Cameron Part 3
Hari terakhir kami di CH ( bukan christchurch eh, tapi cameron highland). agak menyayat hati la nak meninggalkan tempat ni dan kembali ke pangkuan Serdang tersayang yang busuk tu. eh btw, kepada orang Oz disana, lot kedai di depan ban soon sudah siap dibina. ada la kot yang tak siap tapi dah ada rupa bangunan la. so sekarang ni dah tak nampak la padang dari loji tu. lepastu aku tengok dorang macam dah bersih-bersihkan bekas tapak pasar loji tu. mungkin mereka nak buat lot kedai lagi. siapa tahu.
ok, lets get to the CH stuff.
disebabkan rumah aku ada 2 bilik air je jadi macam nak mandi tu lambat la. pastu aku kononnya nak cepat, terus berhijrah ke rumah emak. aku pergi rumah emak sebab bilik emak ada bilik air jadi macam ambil kesempatan la. tapi seribu kali sayang, masa tu ayah tengah guna bilik air dan kelihatan amirah pun tengah menunggu giliran. aku pun macam malas nak balik ke rumah p10, terus tunggu je la. lepas dah habis semua tu, aku pun pergi la p10 balik. sampai depan pintu je nampak budak-budak tu dah nak kunci pintu dah (dah nak check out). nasib baik si sos cili keluarkan beg aku. tak macam orang kat SI. huh. (gurau je)
gambar di atas ialah ketulan ayam berjenama ayamas. ok first thing first, makanan gila mewah kot kat cameron ni. bagi aku la mewah. kitorang makan nasi guna nasi basmathi parboiled which is sooo expensive and to be honest, aku lagi suka beras biasa seperti beras faiza bersamamu dan beras cap rambutan (beras ikhlas tidak termasuk). mungkin lidah ni dah terbiasa agaknya. tapi takpelah, bersyukurlah wahai toyah. grrr.
yang goreng ayam tu juga adalah amirah.
bila dah habis makan semua tu kitorang macam lepak-lepak di perkarangan apartment blok K. gambar di atas dari kiri ialah dilah sos cili (adik aku), fadlin k-pop (k-pop sebab dilah kata dia minat k-pop), mimi kalsom (bukan nama sebenar) dan juga khal a.k.a dyar a.k.a khalidah.
setiap seorang peserta akan dapat souvenier la sikit.. sorang satu dapat sayur dalam plastik ni. tapi malangnya budak-budak abim tidak sukakan sayur. jadi banyak gilaa la yang lebih-lebih yang terpaksa cikgu bawak balik (ataupun mungkin memang banyak sangat kot sayur ni)
pastu sorang satu jugak dapat sehelai t-shirt cameron highland bersaiz XL atau M (aku dapat XL, apakah) dan juga seketul bantal strawberry yang sekarang ni dah jadi macam sampah bersepah-sepah di dalam bilik belakang. dia punya hijau tu pun dah tercabut. lulz.
gambar di atas menunjukkan peserta-peserta lawatan menunggu giliran untuk mendapatkan souvenier dari cikgu Lina. terserlah kegelojohan adilah walaupun dari belakang. (dilah yg tudung cream tu)
ni pulak amirah dengan zuzi nak balik serdang. dorang tak pergi lost word of tambun. antik gila teksi dekat cameron ni.
sementara tunggu bas A yang pergi ke ladang strawberry Raaju (agaknya), kami dari bas A pergi la shopping kat tempat ni.
maaf kepada sesiapa yang membaca tetapi kalau ada yang beli benda ni dengan harapan nak memakainya semasa di cameron highland. aku nasihatkan, tak payah la beli. membazir aje. i admit yang cameron tu sejuk tapi sejuk macam dalam aircond je. dan ear muff ni digunakan hanya bila memang sejuk gila tahap beku. baru orang pakai. so moral of the story, don't waste your money on this thing.. beli la choki-choki sekotak ke apa. lagi berfaedah. tapi beli la jika anda ada penyakit tak tahan sejuk (penyakit ni wujud ok) ataupun anda memang nak pergi bercuti semasa musim winter nanti (tapi lagi baik beli yang lain, corak strawberry ni macam tak cool).
![]() |
| dipinjam |
lost world of tambun ni bagi aku best la. sebab dalam dia ada water park dan zoo dan funfair.. kalau pergi sini nak mandi je memang aku rasa tak berbaloi tapi kalau pergi sini nak explore satu lost world ni memang berbaloi-baloi. jadi sesiapa yang terlepas pergi ke zoo, funfair, taman bijih timah, mengayuh angsa... lain kali jangan la mandi je. explore! discover the world!
btw, aku tak mandi eh. aku rasa macam tak selesa la mandi ramai-ramai depan orang ni. hehe.
aku cuma nak nasihat, kalau nak pergi lost world ni, sila makan dahulu sebelum masuk. sebabnya dia memang tak kasi bawa makanan luar, ini kerana mereka takut makanan mereka tak laku..sebab makanan dorang tak sedap. muak dan mahal. aku beli sausage mende tah, makan sikit je boleh.. rasa muak je sebab dalam sosej tu ada cheese. pastu air milo dia RM4 ke RM3 tah. tapi mahal la.
hmm.. tu je la kot. gambar sikit je, kalau nak banyak-banyak tengok google aje.
gambar atas ni harimau siberia eh.. bukan harimau malaya.
tempat burung dia best gilaa.. tapi sape yang geli burung, jangan masuk.. haha tapi rugi kot kalau tak masuk. sebab bersepah-sepah burung dia.
![]() |
| daiambil dari website NST |
| diambil dari google |
![]() |
| diambil dari google |
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Makanan di New Zealand
aku terjumpa website countdown.. haha flashback kot tengok makanan-makanan dalam website tu. teringat zaman ku di new zealand dulu-dulu..
kitorang kat sana selalunya shopping dekat Pak n Save (Pack and Save) kot. sebab dekat kan.. tapi recently (tahun lepas punya recently) ni.. ada la sebuah Countdown di bina seberang The Hub Hornby dan di sebelah Mitre 10.
YA ALLAH (islamic punya OMG) , Sedap gilaaaaaa!!!! seriously, aku boleh makan satu tub yoghurt perisa vanilla and hazelnut ni sorang-sorang je. kalau boleh aku nak makan sorang-sorang je. aahhhhh so good!! rasa dia macam yoghurt perisa vanila lepastu macam ada crunchy-crunchy yang kacang hazelnut tu. aku taip ni pun dah terliur-liur dah. huhu. tapi unfortunately, kat Malaysia tak ada benda ni. sedih gila oi. kalau aku dah kaya nanti, aku sanggup pergi NZ sebab nak beli benda ni je. aku pergi bawa beg kosong, lepastu turun dari kapal terbang je terus pergi beli benda ni banyak-banyak.. pastu terbang ke Malaysia balik.
masa kat NZ dulu aku rajin gila kot baking-baking ni. kat sana aku kononnya nak jadi pastry chef la. huhu. sekarang ni ntahla, rasa malas pulak. kepanasan malaysia ni membuatkan aku malas (alasan).
dulu masa kat NZ, table spread ni la makanan ruji kitorang. sebab kalau buat lunchbox mesti sapu benda ni dengan roti dengan strawberry jam.
SUSU!! susu kat NZ sedap gila kot. susu kat malaysia memang tak boleh compare kesedapan susu di nz. walaupun susu diatas ni memang tahap murah punya la tapi still lagi sedap dari susu kat malaysia (ek eleh macam la ko slalu minum susu kat malaysia). percayakah anda, susu 2L ni boleh habis sehari je. haha memang extreme gila lah kitorang minum susu. walaupun aku minum susu tiap-tiap hari kat new zealand tapi still tak tinggi-tinggi. tu orang kata genetic. nenek aku belah mak memang pendek jadi aku pun terkena tempias la sikit.untuk pengetahuan anda semua, hummus ni diperbuat daripada chickpeas. aku rasa chickpeas dalam bahasa melayu kacang kuda. kalau tak tahu kacang kuda tu apa, tengok la citer kacang. "kacang, kacang , kacang, kacang...kacang.." walaupun nampak macam tak sedap tapi hummus ni sedap dimakan, lagi-lagi kalau di'spread'kan di atas roti. mmmmm.
to be honest, aku tak suka sangat cheese ni. cream cheese tu aku suka lah. tapi kat NZ selalu jugak la beli cheese besar gedabak di atas. sebabnya murah dan ayah aku suka. kot. haa perasan tak banyak makanan jenama home brand? kat NZ memang banyak jenama-jenama murahan seperti home brand, pams, signature range, budget dan macam-macam lagi. kira macam taraf tesco la. murah-murah pun tetap berkualiti.
kadang-kadang masa dalam kekayaan (masa duit KPT baru masuk), dapat la beli benda ni. takda la mahal sangat cuma kalau beli yoghurt dalam tub lagi murah. sebab packaging kot. yoghurt kat atas ni masam gila kot. just the way i like lah.
kat NZ aku start suka makan sayur. sebab sayur kat sana segar-segar belaka. segar sebab mak aku tanam belakang rumah. tapi kalau beli pun segar jugak. asparagus ni rasa pelik sikit tapi untuk taste aku sedap la. btw, asparagus ni tak sedap kalau dalam lauk.. dia macam kena makan segar-segar je. macam ulam gitu. tapi selalunya kitorang sautee atau kukus je.
sepertimana yang telah aku katakan, kat nz aku rajin gila baking. so memang tepung ni selalu la habis. kat nz selalunya kitorang beli tepung yang 5 kg tu. kalau beras pun kitorang beli 25 kg punya. kitorang beli banyak-banyak ni bukan sebab kitorangni gelojoh tapi sebab bila dikira-kira.. murah lagi beli dalam kuantiti yang banyak.
biskut kat atas ni sedap gila kot. dia macam biskut marie plain je lepastu atas dia ada frosting pink yang manis lepastu atas tu dia macam tabur hundreds and thousands tu. memang menggemukkan la tapi sedap.. so worth it.
dekat NZ nutella takde la semahal macam kat malaysia. kat malaysia tub kecik tu dah RM10. mahal gila. tapi walaupun nutella takde la mahal sangat tapi masih ada lagi alternatives yang lebih murah. this is why i love new zealand so much. even when you thought something is murah, masih ada lagi benda yang sama tapi lagi murah.faham tak?
mas akat nz dulu aku suka buat afghan cookie. afghan cookie ni aku rasa macam new zealand punya cookie la sama macam anzac cookie. nanti-nanti la aku buat. tapi antara salah satu ingredient dia ialah, corn flake.
bagi aku, whittaker's ialah jenama coklat paling sedap dalam dunia. lagi sedap dari ferrero rocher tu. sebabnya dia macam sedap gila, rasa berkualiti, takde la mahal sangat, pastu kacang dia besar gedabak kot. lepastu perisa dia macam unik la jugak bagi aku.
freaking amazing. sedap gila. aaaahhh!!!! memang tak ada apa-apa yang aku boleh cakap untuk describe how gooooood this thing is. dulu, hampir tiap tiap hari aku makan benda ni. kat malaysia susah gila kot nak jumpa benda ni. ntah ada ke tidak.
aku sebenarnya tak suka sangat chips ni. tapi sebab aku ingat ni adalah benda pertama aku makan kat nz. masa kat auckland airport, nak tunggu masuk kapal terbang ke christchurch.. ada satu vending machine yang jual jajan. lepastu kitorang yang kelaparan pun beli la benda ni. rasa dia sedap la, masin tapi.
kenapa susah gila nak jumpa nut bar dekat malaysia?!!! kalau ada pun mahal cam puiii. tak berbaloi. hmm.mungkin sebab budaya malaysia bawak bekal nasi ke sekolah bukan nut bar ke sekolah.
to be honest, aku tak tau la benda ni halal ke tak. ada kata tak.. ada kata halal. so disebabkan taknak was was. i say it's halal. tapi kalau tak halal, nak buat camne.. dah berak dah pun. let bygone be bygone. licorice (li-ko-rish) ni rasa macam chewy-chewy gitu. manis dan sedap.
sanye jarang la jugak kitorang beli orange juice sebabnya macam unnecessary je. we can live without it. tapi kalau ada kenduri kendara ke apa, selalu la jugak ada benda ni. sedap kot, rasa fresh aja. walaupun aku tahu sebenarnya oren yang dalam juice oren ni adalah oren yang dah lebam-lebam.
raro ni femes gila kot kat nz. dia macam serbuk-serbuk yang boleh kita bancuh jadi jus. tapi ia selalunya dimakan menggunakan jari telunjuk.
fizzy drinks kat atas ni murah gilaa. dah la besar lepastu murah. macam 90 sen je. tapi rasa dia tak berkualiti la. rasa murah je. tapi iyah tak kesah..
kalau sesiapa tengok video matlutfi90, dia ada tunjuk benda ni dalam salah satu video dia. benda ni energy drinks, pakcik-pakcik yang kerja 3 pagi tu selalu la beli benda ni. ayah aku kerja petang dan ahad pagi. jadi tak selalu la beli benda ni. rasa dia masam-masam la.
sedappp...sape-sape yang suka cheesecake memang suka la benda ni. murah la jugak. tak payah susah susah buat cheesecake bagai.. beli je. sedap pun sedap..
secara jujurnya, aku tak tahu apa makan bavarian tu. tapi yang aku tahu dia macam cheesecake tapi tang cheese tu dia letak ice cream. gila sedap kot. aku tak pasti la ada ke tak benda ni kat malaysia. tak pernah beli pulak.
no comment.
my favourite ice cream. kat malaysia ada tapi RM18 kot satu tub. mahal gilaa. kat nz bawah $5 pun dah boleh dapat. kat nz selalu la jugak beli ice cream. x tau la kenapa.
THE. BEST. CHILLI. SAUCE. EVER. untuk manusia-manusia seperti dilah memang rugi lah. sebab sos cili ni memang sedap gila. dia macam tak pedas lepastu macam ada manis-manis. memang sesuai untuk orang puteh yang tak tahan pedas.
no comment.
this thing sucks. tak sedap. wek. dia macam kering gilaaaa. lebih kering dari gurun sahara tu. lebih kering dari takungan air di serdang (kat serdang selalu kekurangan air. wek) mungkin aku tak belajar lagi camna nak makan benda ni. tapi memang tak sedap la sebab dia kering lepastu takda rasa. rasa macam kertas ada la.
Subscribe to:
Posts (Atom)























































